Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) buat julung kalinya memperkenalkan teknologi Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) yang membuka tirai secara rasmi esok. Foto Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM)

LIMA’25: APMM tampil perkenal teknologi AR

ByLuqman Muhammad

LANGKAWI, 19 Mei: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) buat julung kalinya memperkenalkan teknologi Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang membuka tirai secara rasmi esok.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, teknologi ini diperkenal bagi memberikan pengalaman mendalam tentang dunia penguatkuasaan maritim kepada masyarakat awam.

“Tarikan utama kami kali ini adalah penggunaan teknologi AR yang memaparkan maklumat dan imej interaktif dalam bentuk 3D.

“Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami tugas dan cabaran Maritim Malaysia secara lebih dekat dan menarik,” kata Mohd Rosli selepas meninjau persiapan akhir reruai APMM di dua lokasi pameran utama, iaitu Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) dan Resorts World Langkawi (RWL).

Selain AR, teknologi VR turut ditampilkan melalui simulasi operasi penguatkuasaan dan misi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT), yang membolehkan pengunjung ‘menyertai’ secara maya misi sebenar bersama anggota maritim.

Beliau menambah, APMM turut mempamerkan model miniatur aset-aset maritim dalam bentuk table top, menampilkan kedudukan kapal peronda dan aset operasi agensi di seluruh perairan negara.

Paparan ini bertujuan memberikan gambaran jelas tentang kawasan operasi dan tanggungjawab APMM dalam menjaga keselamatan maritim negara.

“Paparan interaktif ini bukan sahaja mendidik dan memberi pengalaman unik kepada pengunjung, tetapi turut menonjolkan peranan kritikal agensi dalam mempertahankan kedaulatan perairan Malaysia,” jelasnya.

Reruai APMM akan dibuka kepada umum dari 20 hingga 24 Mei 2025, bermula 10 pagi hingga 6 petang setiap hari di MIEC dan RWL. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found