Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila hampir dipanah petir ketika sedang menutup pintu kereta di rumah ibu mentuanya di Kampung Batang Melaka, di sini semalam. Foto fail Envato

Lelaki nyaris dipanah petir di Jasin

ByBernama

JASIN, 19 Mei: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila hampir dipanah petir ketika sedang menutup pintu kereta di rumah ibu mentuanya di Kampung Batang Melaka, di sini semalam.

Mangsa Muhammad Hafizuddin Mihat, 34, berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, dia sedang berdiri memegang payung sebelum petir secara tiba-tiba menyambar sebatang pokok durian berhampiran.

“Kejadian itu menyebabkan saya terpelanting dan jatuh terduduk. Saya kebingungan seketika melihat rupa pokok durian yang dipanah petir sebelum berlari ke arah beranda rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Muhammad Hafizuddin berkata selepas itu dia terus rebah manakala kakinya seolah dicucuk jarum halus sebelum dikejarkan ke Hospital Jasin dengan ambulans.

“Pemeriksaan doktor memaklumkan saya tidak mengalami kecederaan serius kecuali kedua-dua ibu jari kaki terasa seperti terkena renjatan,” kata bapa kepada empat orang anak itu yang masih dirawat di hospital berkenaan.

Muhammad Hafizuddin berkata dia sangat bersyukur kerana Allah memberi peluang kedua kepadanya untuk bersama keluarga setelah merasakan sangat dekat dengan kematian akibat insiden berkenaan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan