Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Aaron Ago Dagang pada Mesyuarat Agung Tahunan YSS ke-13 di Putrajaya, hari ini. Foto FB Aaron Ago Dagang

Kementerian Perpaduan Negara lulus RM2.1 juta jayakan misi sukarelawan siswa

ByFebbright James

PUTRAJAYA, 19 Mei: Kementerian Perpaduan Negara meluluskan peruntukan berjumlah RM2.1 juta bagi memperkasakan pelaksanaan MADANI Berkhidmat Sukarelawan Siswa pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, RM1.5 juta bagi pelaksanaan program di lapangan manakala RM600,000 diperuntukkan bagi tujuan operasi.

Menterinya, Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata peruntukan itu dimuktamadkan menerusi Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ke-13 yang dipengerusikannya hari ini.

Katanya, mesyuarat turut bersetuju supaya program Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa dijenamakan semula kepada MADANI Berkhidmat Sukarelawan Siswa, sejajar hala tuju baharu gerakan kesukarelawanan siswa.

“Bagi tahun ini, misi akan dilaksanakan di lima lokasi utama iaitu Sabah, Sarawak, Pahang, Perak dan Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menggesa YSS agar terus berperanan sebagai agensi proaktif dengan memberi fokus kepada pelaksanaan program bersasar, termasuk Misi Sukarelawan Siswa, Tuisyen KAMI, Ejen Perpaduan serta pembangunan kepimpinan belia.

Aaron turut mencadangkan agar YSS meneliti keperluan mewujudkan dasar atau pelan tindakan kesukarelawan nasional sebagai kerangka panduan menyeluruh kepada semua agensi kerajaan yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan.

Setakat ini, YSS berjaya melahirkan 2,153 pemimpin sukarelawan siswa dengan merealisasikan 9,665 projek komuniti di seluruh negara.

Antara pencapaian YSS pada 2024 termasuk pelantikan 305 Ejen Perpaduan bagi mempergiat promosi perpaduan di peringkat komuniti serta pelaksanaan lima misi sukarelawan siswa di 20 lokasi termasuk Vietnam, Sabah, Sarawak, Kedah dan Kelantan.

Sebanyak 735 projek komuniti juga berjaya dilaksanakan dengan 4,539 jam sukarelawan, memberi manfaat kepada 146,211 individu.

YSS turut menjalinkan kerjasama strategik dengan Yayasan Peneraju dan Kementerian Ekonomi melalui Program Pembangunan Ekonomi Komuniti (PPEK) di Sabah bagi membanteras kemiskinan.

Selain itu, agensi itu turut terbabit dalam Program Usaha Jaya Insan (PUJI) bersama Jabatan Wilayah Persekutuan yang melibatkan 205 peserta miskin tegar di Kuala Lumpur dan Labuan.

Turut dimeterai ialah perjanjian antara YSS dan Koperasi Komuniti Kampung Kilim, Langkawi melalui Program Pembangunan Modal Insan Mentoring & Coaching Eko-Pelancongan Langkawi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan