Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Perasmian Kem Generasi Budaya 2025 Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohd Yusri Mohd Yusuff di Auditorium Institut Kenegaraan Perdana Akademi Kenegaraan Malaysia, di ibu negara. Foto TVS

Kem Generasi Budaya 2025 lonjak semangat anak muda perkasa warisan seni

ByTVS

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Kem Generasi Budaya 2025 Peringkat Kebangsaan menjadi medan penting dalam usaha memperkasa seni dan budaya tanah air menerusi penyertaan aktif golongan belia dari seluruh negara.

Program ini menjadi titik permulaan kepada pembentukan generasi muda sebagai ‘pelapis’ budaya yang mampu meneruskan legasi seni warisan bangsa.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Amran Mohd Haris, kem ini memberi ruang kepada generasi muda untuk memahami cabaran dan peranan NGO budaya, di samping memperkenalkan mereka kepada pelbagai peluang sokongan termasuk sumber dana.

“Matlamat utama kita ialah mewujudkan golongan penapis dalam kalangan generasi muda bagi meneruskan kelangsungan seni budaya yang telah dibawa oleh pelbagai NGO.

“Dengan adanya kem sebegini, kita satukan institusi dan agensi yang menawarkan perkhidmatan serta dana agar peserta dapat mengenal pasti peluang yang ada,” katanya kepada pemberita.

Kem edisi 2025 ini merupakan penganjuran pertama selepas penjenamaan semula, dengan penglibatan peserta dari pelbagai zon seluruh Malaysia.

Mazlan Hipni, 29, dari Kuching, Sarawak, melahirkan rasa teruja apabila terpilih mewakili negerinya bersama sembilan lagi wakil.

“Saya rasa sangat teruja sebab program ini memberi impak positif kepada belia.

“Saya belajar banyak perkara tentang budaya, dan Insya-Allah saya akan bawa ilmu ini ke persatuan saya untuk galakkan lebih ramai anak muda sertai dan teruskan budaya tradisional negeri masing-masing,” katanya.

Bagi Azmil Dani, 26, dari Semporna, Sabah, pengalaman menyertai peringkat kebangsaan memberi tekanan yang positif.

“Saya rasa gementar dan teruja sebab ini platform terbaik untuk generasi muda menimba pengetahuan tentang seni.

“Harapan saya, input yang diperoleh di sini boleh dibawa balik dan dikongsi bersama ahli persatuan kami di Sabah untuk tarik minat generasi baru,” jelasnya.

Sementara itu, Evelyn Wong, 22, dari Sidma College Sarawak, menyifatkan program ini sebagai peluang besar untuk memahami seni budaya secara lebih mendalam, terutamanya dalam konteks kepelbagaian etnik di negeri asalnya.

“Saya bangga dapat mewakili kolej. Banyak ilmu yang saya dapat, terutamanya melalui ceramah daripada agensi kerajaan.

“Saya akan kongsikan ilmu ini dengan rakan-rakan, terutama yang kurang minat terhadap bidang ini,” katanya.

Majlis perasmian kem telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Mohd Yusri Mohd Yusuff. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found