Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kad kenyalang Affin Bank diilhamkan daripada jata Sarawak. Foto MyAffin (FB)

Kad edisi khas kenyalang Affin Bank berinspirasikan jata Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Mei: Reka bentuk kad Kenyalang keluaran Affin Bank mengetengahkan identiti Sarawak menerusi inspirasi jata Sarawak yang memaparkan burung kenyalang simbol kebanggaan rakyat wilayah ini.

Dalam hantaran di Facebook, Affin Bank memaklumkan kad debit edisi khas itu merupakan adaptasi artistik daripada jata Sarawak dan bendera Ibu Pertiwi yang melambangkan semangat serta perpaduan masyarakat di Bumi Kenyalang.

Palet warna hitam, putih dan kuning keemasan yang digunakan pada kad tersebut mencerminkan warna rasmi bendera Sarawak, menggabungkan keanggunan moden dengan nilai tradisional.

“Bagi menyerlahkan latar belakang hitam yang berani, jalur kuning keemasan dimasukkan sebagai adaptasi visual daripada kepak burung kenyalang yang anggun, memberikan kontras dan keseimbangan kepada reka bentuk.

“Motif artistik ini dipengaruhi oleh seni budaya Sarawak yang kaya sebagai penghormatan kepada warisannya sambil menampilkan estetika kontemporari,” menurut kenyataan itu.

Hantaran berkenaan dimuat naik susulan kritikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong yang mempertikaikan penggunaan spesies burung enggang yang didakwa tidak berasal dari Sarawak.

Beliau merujuk kepada imej great hornbill yang lazimnya ditemui di tanah besar Asia.

Terdahulu, pada 25 April lalu, Affin Bank turut memperkenalkan akaun Affin Kenyalang, satu inisiatif kewangan eksklusif yang ditawarkan khusus untuk rakyat Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan