Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. Foto TVS

Jemaah Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci akibat serangan jantung

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci pagi ini akibat serangan jantung, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata Abdullah Mat, 59, dari Pasir Mas, Kelantan, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Jiwar, Jabal Qamar, Makkah.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata Abdullah merupakan jemaah dari Maktab 89A yang menginap di Hotel Abraj al Janadriyah.

Mohd Na’im berkata sepanjang perjalanan haji, Allahyarham ditemani isterinya Sarifah Hassan.

Tabung Haji akan menguruskan pelaksanaan badal haji untuk Allahyarham serta menyempurnakan semua urusan berkaitan dengan sebaiknya, katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan