Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jambatan Batang Rajang Foto Nadim Bokhari (TVS)

Jambatan baharu lonjak ekonomi dan kesalinghubungan Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan Kerajaan Sarawak dalam menyiapkan beberapa jambatan utama di wilayah ini.

Menurutnya, jambatan yang dibina Kerajaan Sarawak dengan penggunaan 100 peratus dana sendiri adalah untuk memastikan kelancaran perjalanan rakyat antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Sarawak atas kejayaan menyiapkan Jambatan Marudi, Jambatan Muara Lassa, Jambatan Bintulu-Jepak dan Jambatan Rajang yang memberi manfaat besar kepada rakyat kita.

“Dengan adanya prasarana lengkap, saya yakin produktiviti masyarakat luar bandar dapat ditingkatkan sekali gus memperkasa sektor pertanian, pelancongan dan perusahan kecil dan sederhana,” katanya ketika berucap pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 hari ini.

Menurutnya, komitmen Kerajaan Sarawak dalam membangunkan projek infrastruktur asas seperti jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan air bersih serta telekomunikasi akan terus diperluaskan ke kawasan luar bandar bagi membuka potensi ekonomi untuk kesejahteraan hidup rakyat.

Pada masa sama, beliau bersyukur Sarawak semakin dikenali di pentas dunia dan menjadikan wilayah ini sebagai destinasi pelaburan strategik khususnya dalam bidang ekonomi baharu.

“Ini termasuk memperkukuh ekosistem pelaburan melalui penambahbaikan infrastruktur asas dan perkhidmatan logistik di Sarawak dan cadangan pembinaan pelabuhan dan lapangan terbang baharu amatlah bertepatan dengan keperluan menjadikan Sarawak sebagai hab logistik serantau.

“Tahniah juga diucapkan kepada Kerajaan Sarawak kerana telah mengambil alih Bintulu Port Authority dan syarikat penerbangan milik Sarawak dan menubuhkan AirBorneo,” ujarnya.

Sehubungan itu, Tun Wan Junaidi menyeru pihak swasta untuk terlibat sama secara aktif dan menyumbang dalam usaha kerajaan melaksanakan inisiatif berimpak tinggi dan mahu rakyat Sarawak merebut peluang pekerjaan serta perniagaan yang bakal dijana daripada projek mega tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan