Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
WPC06 yang melibatkan dua seksyen utama iaitu Seksyen Bukit Sebangkoi dan Seksyen Sarikei termasuk jajaran persimpangan pekan Jakar kini dibuka untuk laluan pengguna.

Jajaran WPC06 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak kini dibuka sepenuhnya

BySaibi Gi

SARIKEI, 19 Mei: Jajaran Pakej Kontrak Kerja 06 (WPC06) Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak kini dibuka sepenuhnya kepada pengguna jalan raya, sekali gus dijangka melancarkan aliran trafik menjelang sambutan Hari Gawai Dayak.

WPC06 melibatkan dua seksyen utama iaitu Seksyen Bukit Sebangkoi dan Seksyen Sarikei termasuk jajaran persimpangan pekan Jakar.

Menurut Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Dr Cassidy Morris, kedua-dua seksyen kini dibuka sepenuhnya sebagai laluan empat lorong dua hala kepada orang awam.

“Pembukaan penuh ini dijangka memberi keselesaan dan kelancaran kepada pengguna, khususnya yang pulang ke kampung halaman sempena Hari Gawai Dayak tidak lama lagi,” katanya selepas mengadakan tinjauan mengejut ke jajaran pekan Jakar pada Ahad.

Beliau bagaimanapun mengingatkan pengguna jalan raya agar terus mematuhi peraturan trafik yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan semua pihak.

“Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi had laju dan melakukan pusingan P dengan cara yang betul,” tambahnya.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak merupakan antara inisiatif utama kerajaan bagi meningkatkan jaringan jalan raya di negeri ini serta menyokong pembangunan sosioekonomi luar bandar.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan