Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri pada Majlis Peluncuran Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Sarawak Tahun 2025 di Lundu, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Isu penderaan kanak-kanak masih berleluasa – Nancy

ByAhmad Burhanuddin

LUNDU, 19 Mei: Peningkatan laporan kes penderaan kanak-kanak di Malaysia mencerminkan dua keadaan penting dalam masyarakat hari ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, keadaan tersebut menunjukkan masyarakat kini lebih peka terhadap isu berkenaan, namun pada masa sama, masalah penderaan sebenarnya masih belum reda.

“Ada dua perspektif atau cara untuk melihatnya. Pertama, memang betul kalau tidak ada kesedaran, kita tidak dapat melihat orang membuat laporan. Kedua, memang mungkin kes (penderaan kanak-kanak) itu meningkat.

“Jadi, inilah yang kita tidak mahu berlaku. Kita mahu supaya masyarakat kita dapat hidup dengan aman dan damai, pergi ke mana-mana pun tidak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Peluncuran Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Sarawak Tahun 2025 di sini, hari ini.

Selain itu, Nancy turut berkongsi kisah melibatkan remaja yang pernah mengalami gangguan ketika berjoging di tempat awam dan menegaskan betapa seriusnya isu tersebut.

“Sekarang ini, apabila kita hendak pergi ke mana-mana, kita sentiasa menoleh ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada orang yang mengejar atau berniat jahat terhadap kita. Kita juga perlu mengetahui tempat-tempat yang paling mudah untuk kita berhenti atau minta bantuan.

“Contohnya, jika ada wanita yang sedang memandu dan merasakan dirinya sedang diekori oleh seseorang, dia perlu terus membawa keretanya ke balai polis misalnya. Semua perkara ini perlu kita kongsikan supaya orang ramai lebih peka dan bersedia,” jelas beliau.

Justeru, kata Nancy, menerusi program advokasi yang dianjurkan kementeriannya, maklumat dan kesedaran ini sentiasa disampaikan oleh speaker berpengalaman, khususnya kepada kanak-kanak agar mereka dapat lebih memahami dan berani melindungi diri daripada sebarang bentuk penderaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan