Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo Jabatan Imigresen Malaysia

Imigresen tahan 17 pendatang tanpa izin di Kota Bharu

ByBernama

KOTA BHARU, 19 Mei: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 17 pendatang tanpa izin warga Bangladesh dalam Op Serkap di sini semalam.

Pengarah JIM Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata operasi bermula 4 petang itu melibatkan 15 pegawai dan anggota bahagian penguatkuasaan imigresen negeri.

Beliau berkata pemeriksaan dilakukan di sekitar Pengkalan Chepa di sini melibatkan dua buah rumah di Taman Seri, sebuah rumah di Batu 6 Tok Kaya dan sebuah rumah kongsi di Mukim Pulau Gajah.

“Kesemua warga asing dari Bangladesh itu berusia antara 19 hingga 40 tahun dan telah dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata 14 daripada warga asing itu disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tiga lagi dipercayai sebagai ejen disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan