Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden disahkan menghidap kanser prostat yang kini telah merebak ke tulang. Foto AFP

Bekas Presiden AS Joe Biden disahkan hidap kanser prostat

ByBernama

ISTANBUL/ANKARA, 19 Mei: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden disahkan menghidap kanser prostat yang kini telah merebak ke tulang, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan pejabat peribadinya pada Ahad.

“Minggu lalu, Biden menjalani pemeriksaan selepas mengalami gejala kesukaran membuang air kecil.

“Walaupun keadaan ini menunjukkan kanser jenis agresif, namun ia masih sensitif terhadap hormon sekali gus membolehkan ia dikawal dengan berkesan,” menurut pejabat Biden.

Pejabat itu memaklumkan bahawa Biden, 82, dan keluarganya kini sedang meneliti pilihan rawatan bersama pasukan perubatannya.

Presiden AS, Donald Trump turut memberikan reaksi terhadap perkhabaran itu menerusi platform Truth Social miliknya.

“Melania dan saya berasa sedih mendengar tentang diagnosis perubatan terkini Joe Biden.

“Semoga Jill (isteri Biden) serta seluruh keluarganya tabah melalui ujian ini dan kami mendoakan agar beliau segera pulih,” katanya.

Biden pernah berkhidmat sebagai Presiden AS dari 2021 hingga 2025. –  TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan