Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kebolehan tersebut terbukti menerusi kejayaan Kerajaan Sarawak melancarkan AI-Based Power Converter atau KETEQ.AI di United Kingdom baru-baru ini. Foto UKAS

Anak Sarawak pacu kemajuan AI dan ekonomi digital

ByAdlina Rahman

KUCHING, 19 Mei: Kerajaan Sarawak mengiktiraf keupayaan anak tempatan yang menyumbang kepada pembangunan bidang kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kebolehan tersebut terbukti menerusi kejayaan Kerajaan Sarawak melancarkan AI-Based Power Converter atau KETEQ AI di United Kingdom baru-baru ini.

Menurutnya, pencapaian itu merupakan antara hasil lawatan kerja Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke Eropah yang turut membuka peluang kepada beberapa kerjasama strategik bersama negara dan syarikat terkemuka di benua tersebut.

“Lawatan kerja YAB Premier ke ibu pejabat Avions de Transport Regional (ATR) dan Airbus di Toulouse, Perancis juga membuahkan hasil yang positif apabila Sarawak kini dalam perbincangan untuk dijadikan hab aeroangkasa baharu di rantau Asia Pasifik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 hari ini.

Pada masa sama, Tun Wan Junaidi menjelaskan, Sarawak terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkukuh daya tahan ekonomi wilayah ini.

“Ini amat penting dalam menghadapi cabaran global seperti revolusi teknologi, perubahan iklim dan perang tarif dunia yang semakin memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa segala pencapaian dikecapi adalah hasil daripada kerjasama strategik yang dirancang dengan teliti termasuk pertemuan dan perbincangan Premier Sarawak bersama duta dan pemimpin industri di Eropah. — TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan