Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah Panjang Lintong, Nanga Kesit, Lubok Antu yang musnah dalam kebakaran, hari ini.. Foto JBPM

47 penghuni rumah panjang hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Lubok Antu

LUBOK ANTU, 19 Mei: Seramai 47 penghuni Rumah Litong, Nanga Kesit, Lumanak Engkelili, dekat sini hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.03 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, dengan bantuan BBP Sri Aman ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah panjang 15 pintu yang telah musnah 100 peratus.

“Bagaimanapun, kesemua 47 penghuni dilaporkan berjaya menyelamatkan diri dan berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi pemadaman diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PPgB) Muhammad Badrulamin Mohamad Fodzi bersama 20 anggota serta beberapa pegawai kanan termasuk TPgB II Lawrance Rungan dan PPgB Muhammad Adam Amran.

Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman dan overhaul menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan tiga muncung nozel, bersumberkan air terbuka dari sungai berhampiran sehingga api dipadamkan sepenuhnya.

“Setelah keadaan disahkan selamat, pasukan bomba berangkat pulang ke balai,” katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan