Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan lori mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pakan pada Sabtu. Foto BBP Bintangor

Seorang lelaki cedera dalam kemalangan dua lori

PAKAN, 18 Mei : Seorang pemandu lori cedera selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan dua lori di Jalan Pakan, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.41 malam sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua lori dari arah Bintangor menuju ke Pakan.

“Salah seorang pemandu, seorang lelaki berusia 38 tahun mengalami kecederaan dan tidak dapat bergerak manakala bahagian hadapan lori remuk teruk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, komander operasi segera mengarahkan pasukan untuk menstabilkan mangsa dengan pemasangan cervical collar sebelum melakukan kerja-kerja penyelamatan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pegawai perubatan yang turut berada di lokasi bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Selain itu, pasukan bomba turut melakukan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di kawasan kejadian bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Sementara itu, seorang lagi pemandu lori yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar sendiri dari kenderaannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan