Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum cemerlang apabila merangkul gelaran berganda musim ini dengan menjuarai Terbuka Thailand 2024, hari ini. Foto BAM

Sentuhan magis Herry bantu Aaron-Wooi Yik juara terbuka Thailand

ByBernama

BANGKOK, 18 Mei: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum cemerlang apabila merangkul gelaran berganda musim ini dengan menjuarai Terbuka Thailand 2024, hari ini.

Pasangan juara Asia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan gandingan Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer 20-22, 21-17, 21-12 dalam perlawanan yang berlangsung selama sejam di Stadium Nimibutr di sini.

Kemenangan itu menyusuli kejayaan mereka di Kejohanan Asia di Zhejiang, China, Mac lepas.

Dengan kemenangan tersebut, Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$37,525 (RM161,130), manakala pasangan Denmark selaku naib juara menerima AS$18,050 (RM77,500).

Mengulas perlawanan, Wooi Yik memuji lawan mereka yang memberikan tentangan sengit, terutamanya dalam dua set pertama.

“Mereka bermain dengan sangat baik, terutamanya pada set pertama dan kedua. Saya percaya kekuatan mental, saling mempercayai antara satu sama lain serta komunikasi di gelanggang, khususnya pada penghujung set kedua, memberi kami keyakinan untuk bangkit,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Aaron turut mengucapkan penghargaan kepada jurulatih baharu mereka, Herry Iman Pierngadi, yang memainkan peranan penting dalam strategi pasukan.

“Walaupun kami masih menyesuaikan diri dengan program dan corak permainan Herry, nasihat beliau selepas kami tewas set pertama memberi impak besar untuk bangkit dan menamatkan perlawanan dengan kemenangan,” katanya.

Kejayaan Aaron-Wooi Yik melengkapkan hari gemilang buat kem badminton negara selepas Pearly Tan-M. Thinaah turut muncul juara beregu wanita.

Aaron-Wooi Yik juga menjadi pasangan kedua Malaysia menjuarai Terbuka Thailand dalam acara beregu lelaki selepas Chan Peng Soon-Lim Khim Wah melakukannya pada 2009.

Ditanya mengenai sasaran mereka dalam Masters Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, bermula Selasa ini, Aaron menjelaskan tiada sasaran khusus ditetapkan.

“Kami hanya mahu kekalkan momentum dan beri aksi terbaik,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan