Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2025 Peringkat Sarawak yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak berhati-hati kuatkuasakan undang-undang pekerja

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 18 Mei: Kerajaan Sarawak sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam sebarang langkah melibatkan hak dan kepentingan pekerja wilayah ini seperti yang termaktub di bawah peruntukan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak memiliki keistimewaan tersendiri berkaitan undang-undang buruh yang mana wilayah ini dan Sabah mempunyai Ordinan Buruh sendiri selain Akta Kerja Persekutuan.

“Selaras dengan perkembangan perundangan buruh di peringkat antarabangsa di bawah Ordinan Buruh Antarabangsa, undang-undang tersebut diharmonikan dengan Akta Kerja Persekutuan dan kita mengharmonikannya dengan Ordinan Buruh Sarawak (SLO).

“Kadang-kadang, butiran undang-undang ini perlu diteliti dengan baik terutamanya SLO kerana kita mesti mempertahankan hak pekerja Sarawak di bawah undang-undang tersebut. Jika kita serahkan begitu sahaja, ada kemungkinan hak kita akan terhakis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2025 Peringkat Sarawak yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari juga menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Sumber Manusia dan Kerajaan Persekutuan kerana menerima dan meluluskan beberapa pindaan yang dicadangkan Kerajaan Sarawak demi melindungi kepentingan pekerja tempatan.

“Sebab itu, dari sudut undang-undang pekerjaan, kita sangat berhati-hati. Kita mahu negara mencapai status maju dan pada masa sama kita mahu Sarawak turut maju dengan tenaga kerja cemerlang.

“Alhamdulillah, tahun ini semua perkara berkaitan Ordinan Buruh telah berjaya diselesaikan,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala serta Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan