Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Remaja lelaki yang hilang ketika memancing bersama rakan-rakannya di kawasan lombong berhampiran sebuah kilang di Kota Bharu dekat Kampar semalam, ditemukan lemas pagi tadi. Foto fail JBPM

Remaja lelaki hilang semasa memancing di lombong ditemukan lemas

ByBernama

IPOH, 18 Mei: Remaja lelaki yang hilang ketika memancing bersama rakan-rakannya di kawasan lombong berhampiran sebuah kilang di Kota Bharu dekat Kampar semalam, ditemukan lemas pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud berkata mayat mangsa, Muhammad Fazrul Qusry Ahmad Asnawi, 18, dijumpai pada 9.50 pagi dan dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

“Mangsa yang tidak bekerja dan beralamat di Kampung Changkat Tualang, Kampar bersama dua rakan telah memancing di lombong terbabit menggunakan sebuah sampan kecil.

“Mangsa kemudian memberitahu rakannya bahawa dia mahu turun ke dalam air untuk menarik pancing milik orang lain yang ditinggalkan dan terus terjun berenang ke tengah-tengah lombong.

“Rakan-rakannya menunggu di dalam sampan kira-kira 30 meter dari tempat mangsa berenang, melihat mangsa hanya timbul sekali untuk mengambil nafas dan tenggelam sepenuhnya tidak lama selepas itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.49 petang semalam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

Sabarodzi berkata operasi pencarian dan menyelamat (SAR) telah ditangguhkan kira-kira 11 malam tadi disebabkan faktor cuaca dan gelap, namun bersambung semula seawal 8 pagi tadi membabitkan anggota JBPM, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan