Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
RCBC bekerjasama dengan ADFM menjalankan Alzheimer’s Care Project

RCBC dan ADFM perkasa usaha tangani dementia di Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 18 Mei: Alzheimer’s Care Project mengambil langkah tepat untuk menangani cabaran penjagaan dementia yang semakin meningkat ketika Malaysia bersiap sedia menjadi sebuah negara tua menjelang 2030.

Rotary Club of Bintulu Central (RCBC) menerusi kenyataan menyatakan, hasil kerjasama dengan Alzheimer’s Disease Foundation Malaysia (ADFM), keperluan segera untuk membina sistem sokongan komuniti kukuh bagi penjagaan dementia disebabkan populasi warga emas semakin meningkat.

“Di Sarawak, populasi warga emas semakin meningkat, dengan 12.7 peratus penduduk berumur 60 tahun ke atas dan 8.3 peratus berumur 65 tahun ke atas.

“Ia sekali gus menjadikan Sarawak negeri ketiga tertinggi dalam kalangan 13 negeri di Malaysia,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, fasa pertama yang dijalankan adalah membangunkan kesedaran dan sumber manusia lestari.

Ia diibaratkan seperti titisan hujan pertama yang menyuburkan aliran sungai yang kian membesar dan membina asas bagi masyarakat lebih berpengetahuan dan bersedia.

“Satu siri websinar diadakan secara dalam talian dari 18 Oktober hingga 9 November 2024 bagi meningkatkan kefahaman orang awam tentang dementia dan menyediakan maklumat penting kepada penjaga serta keluarga.

“RCBC akan meneruskan inisiatif ini dengan tiga sesi webinar setiap tahun dengan musim pertama 2025 dilaksanakan pada bulan April manakala musim kedua dan ketiga dicadangkan pada Julai dan Oktober,” jelas kenyataan tersebut.

Kenyataan sama turut menyatakan, Train the Trainer (TTT) turut diadakan melibatkan latihan kepada 128 jurulatih dementia bertauliah di seluruh Sarawak merangkumi 64 profesional kesihatan dan 64 wakil komuniti secara percuma.

Tahun ini melibatkan kumpulan kedua yang menjalani latihan di Sibu dari 16 hingga 18 Mei 2025 melibatkan petugas kesihatan dari Betong, Sarikei, Kapit dan Sibu (Zon Sibu, Sarawak Tengah) dan latihan diteruskan di Bintulu dan Miri pada separuh kedua tahun 2025.

Jelas kenyataan tersebut, selepas latihan untuk petugas kesihatan, Program TTT akan dibuka kepada orang awam bermula tahun 2026 secara percuma namun peserta awam perlu menanggung kos lokasi dan makanan.

Pada masa sama, RCBC menyeru Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu prihatin untuk menyertai perjalanan bermakna tersebut.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found