Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melakukan simbolik perasmian majlis dengan memotong tangkai padi. Foto TVS

Promosi adat, budaya ikut arus zaman

SPAOH, 18 Mei: Majlis Mantar Gawai Dayak merupakan platform terbaik untuk masyarakat Iban mempromosi dan memperagakan keunikan adat serta budaya asal kepada dunia.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penganjuran aktiviti tradisional itu penting agar ianya tidak pupus ditelan zaman.

“Adat dan budaya asal ini merupakan harta pusaka kita, oleh itu adalah amat penting setiap kali perayaan Hari Gawai Dayak penganjuran semua aktiviti ini harus kita lakukan agar generasi baharu tahu apa itu adat dan budaya asal mereka,” katanya.

Beliau yang juga juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak dan ADUN Bukit Saban berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau Mantar Gawai Dayak 2025 dianjurkan bersama Gerempung Tuai Rumah (GTR) Spaoh dan Komuniti Madani Paku Spaoh di Dewan Masyarakat Spaoh disini pada Ahad.

Beliau berkata, aktiviti kebudayaan mampu menjadi tarikan utama untuk menarik kehadiran pelancong ke Sarawak termasuk Bukit Saban.

“Aktiviti kebudayaan asal seperti Ngajat, Kuntau, Pencha, Berenung dan Bejawang mempunyai daya tarikan tersendiri untuk menarik kehadiran pelancong ke Sarawak dan Spaoh.

“Ia merupakan salah satu daripada aktiviti ekonomi yang akan kita tekankan di Spaoh selepas ini,” ujarnya,

Haidr sama Setiausaha Politik Premier Sarawak, Roseline Mapong Sabai, Residen Bahagian Betong, Rchard Michael Abunawas dan bekas Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan