Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah mencipta tersendiri apabila meraih gelaran sulung musim ini dengan merangkul kejuaraan Terbuka Thailand 2025. Foto BAM (FB)

Pearly-Thinaah raih gelaran Terbuka Thailand 2025

ByBernama

BANGKOK, 18 Mei: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah mencipta tersendiri apabila meraih gelaran sulung musim ini dengan merangkul kejuaraan Terbuka Thailand 2025 di sini hari ini,

Pada perlawanan final di Stadium Nimibutr, pasangan No.4  dunia itu menewaskan gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo 21-16, 21-17 dalam tempoh 58 minit, sekali gus muncul pasangan wanita pertama Malaysia menjuarai kejohanan itu sejak diperkenalkan pada 1984.

Sebagai juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$37,525 (RM161,191) manakala Na Eun-Yeong Woo meraih AS$18,050 (RM77,542).

Turun sebagai pilihan utama kejohanan, bekas juara Terbuka Perancis itu menampilkan aksi cukup bertenaga meskipun menerima tentangan sengit gandingan No.105 dunia pada set pertama sebelum beregu negara mendominasi set kedua.

Kejayaan bersejarah itu menamatkan kemarau kejuaraan sejak kali terakhir muncul juara di Terbuka Hong Kong pada September tahun epas, selain merangkul kejuaraan Terbuka Switzerland (2021) dan Terbuka Perancis (2022).

Menurut Thinaah, kejayaan itu turut disumbang oleh semangat berpasukan serta bimbingan jurulatih yang banyak membantu mereka kekal fokus sepanjang perlawanan.

“Kami sangat gembira dengan persembahan hari ini, terutama sokongan yang kami berikan antara satu sama lain. Jurulatih kami juga memainkan peranan penting untuk memastikan kami kekal fokus.

“Sokongan itu amat membantu sepanjang perlawanan, khususnya ketika berdepan pasangan Korea yang bermain dengan begitu baik,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, pasangannya Pearly Tan memuji kekuatan lawan, namun mengakui kejayaan merangkul kejuaraan kali ini menjadi suntikan semangat besar buat mereka.

“Kejuaraan ini sangat bermakna kepada kami dan ia benar-benar meningkatkan keyakinan kami untuk menghadapi cabaran seterusnya,”katanya.

Kejayaan itu pasti menjadi pembakar semangat buat Pearly-Thinaah menjelang aksi  Kejohanan Masters Malaysia  di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula Selasa ini.

Mereka dijadual memulakan kempen di Axiata Arena menentang pasangan Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying pada pusingan pertama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan