Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Fuziah Salleh pada sidang media di Terminal Minyak Bebas (IOT) Senari pada Ahad. Foto TVS

Ops Tiris: KPDN tingkat pemantauan, penguatkuasaan

KUCHING, 18 Mei: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperketatkan penguatkuasaan menerusi Operasi Tiris (Ops Tiris) bagi mengelak ketirisan atau penyelewangan barang kawalan dan bersubsidi oleh pemain industri.

Timbalan menterinya, Dr. Fuziah Salleh berkata, setakat suku pertama 2025, sebanyak 950 kes melibatkan ketirisan dan penyelewengan barang kawalan di seluruh negara.

Malah menurutnya, di Sarawak sahaja terdapat 187 kes yang mana penyeludupan dan penyelewengan diesel merupakan penyumbang utama.

“Kalau kita lihat berdasarkan statistik yang dikeluarkan sehingga 7 Mei lalu, nilai rampasan barangan seperti diesel, gula pasir kasar, minyak masak dan petrol secara keseluruhan adalah sebanyak RM8.9 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media di Terminal Minyak Bebas (IOT) Senari, di sini pada Ahad.

Menurutnya, KPDN sentiasa peka dengan situasi dan isu persempadanan wilayah ini dengan negara jiran, Indonesia serta Brunei Darussalam.

“Jadi, Ops Tiris merupakan salah satu pendekatan diambil KPDN dan Kerajaan Sarawak untuk memastikan aktiviti penyelewengan barang kawalan dapat dibendung terutama di laluan tikus yang menjadi akses utama,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan