Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konvoi penghantaran pulang pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi bergerak dari Zoo Negara menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Foto Bernama

Malaysia ucap selamat pulang‬‭ Fu Wa dan Feng Yi

ByBernama

SEPANG, 18 Mei: Pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi, hari ini secara rasmi dihantar pulang ke China setelah berada di Malaysia sejak 21 Mei 2014 bagi memenuhi‬‭ terma‬‭ perjanjian‬‭ di‬‭ bawah‬‭ Projek‬‭ Kerjasama‬‭ Antarabangsa‬‭ Konservasi‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭.

Majlis bersejarah di Animal Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini diserikan dengan kehadiran Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Datuk Dr Ching Too a/l Kim dan‬‭ wakil‬ Duta Besar China ke Malaysia.

NRES menerusi kenyataan memaklumkan projek‬‭ kerjasama‬‭ itu‬‭ merupakan‬‭ simbol‬‭ persahabatan‬‭ erat‬‭ antara‬ Malaysia‬‭ dan‬‭ China‬‭ yang‬‭ menyokong‬‭ aspek‬‭ kemampanan‬‭ di‬‭ bawah‬ tonggak‬‭ Malaysia‬‭ MADANI.‬‭

“Malaysia‬‭ akan‬‭ terus‬‭ komited‬‭ bekerjasama‬‭ dengan‬‭ China‬‭ dalam‬‭ pemuliharaan‬‭ spesies‬‭ Giant‬‭ Panda‬ dan‬‭ kerjasama‬‭ ini‬‭ diharap‬‭ dapat‬‭ mengukuhkan‬‭ lagi‬‭ hubungan‬‭ kedua-dua negara dalam aspek diplomatik dan ekonomi,” menurut NRES.

Malaysia‬‭ juga mencatatkan pencapaian‬‭ luar‬‭ biasa‬‭ dalam‬‭ konservasi‬‭ ex-situ‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭ dengan‬‭ kelahiran‬‭ tiga‬‭ anak‬‭ panda‬‭.

Ketiga-tiga‬‭ anak‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭ daripada‬‭ pasangan‬‭ tersebut‬‭ iaitu‬‭ Nuan‬ Nuan‬‭ telah‬‭ dihantar‬‭ pulang‬‭ ke‬‭ China‬‭ pada‬‭ 14‬‭ Nov‬‭ 2017‬‭, diikuti  Yi‬‭ Yi‬‭ dan‬‭ Sheng‬‭ Yi‬‭ pada‬‭ 29‬‭ Ogos‬‭ 2023, selaras dengan terma perjanjian.

‭Menurut NRES, projek‬‭ Kerjasama‬‭ Antarabangsa‬‭ Konservasi‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭ dengan‬‭ China diteruskan‬‭ melalui‬‭ pemeteraian‬‭ perjanjian‬‭ baharu‬‭ pada‬‭ 16‬‭ April‬‭ lepas bersempena‬ ‭ lawatan negara Presiden‬‭ China Xi Jinping‬‭ ke‬‭ Malaysia.‬

“Pemeteraian‬‭ perjanjian‬‭ baharu‬‭ ini‬‭ membolehkan‬‭ Malaysia‬‭ menerima‬ sepasang‬‭ panda‬‭ gergasi‬‭ baharu‬‭ untuk‬‭ tempoh‬‭ 10‬‭ tahun‬‭ dari‬‭ 2025‬ hingga‬‭ 2035, dan Malaysia‬‭ dijadual‬‭ menerima‬‭ kehadiran‬‭ sepasang‬‭ panda gergasi baharu tahun ini,” menurut NRES. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan