Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menyaksikan pameran di Dewan IKS PUSAKA Tanjung Manis pada Sabtu. Foto TVS

Landasan Lapangan Terbang Tanjung Manis dipanjangkan

BySheera Abg Mansor

TANJUNG MANIS, 18 Mei: Lapangan Terbang Tanjung Manis bakal melalui proses naik taraf menyeluruh termasuk pemanjangan landasan dan peningkatan kemudahan pesawat demi memberikan pengalaman perjalanan lebih selesa dan efisien kepada penumpang.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu penting bagi menyokong penggunaan pesawat baharu jenis ATR 72 yang akan dikendalikan oleh MASWings dalam tempoh terdekat.

“Ketika ini, pesawat ATR menggunakan konfigurasi 72 tempat duduk yang agak padat dan tidak selesa.

“Oleh itu, kita akan memulakan konfigurasi baharu yang lebih selesa yang mana bilangan tempat duduk akan dikurangkan dan dua jenis tempat duduk baharu akan diperkenalkan dengan rekaan lebih baik dan selesa berbanding sebelum ini.

“Jadi kita nak mulakan konfigurasi baharu yang mana mereka yang menggunakannya akan rasa lebih luas dan selesa menerusi pengurangan dua kerusi yang lebih baik daripada kerusi sedia ada,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Projek Naik Taraf Lapangan Terbang Tanjung Manis di Dewan IKS PUSAKA, di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, konfigurasi baharu itu bukan sahaja memberikan keselesaan kepada penumpang malah selari dengan visi Kerajaan Sarawak untuk menarik lebih ramai pelawat luar ke kawasan Tanjung Manis dan Belawai.

Beliau turut memaklumkan satu daripada tujuh pesawat baharu yang ditempah akan diubah menjadi pesawat kargo untuk penghantaran produk terus ke Singapura sebagai langkah mengukuhkan hubungan perdagangan antarabangsa.

Terdahulu, Abang Johari memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak memperuntukkan anggaran sebanyak RM327 juta bagi pelaksanaan projek naik taraf itu termasuk kerja-kerja memanjangkan landasan dan menaik taraf infrastruktur lapangan terbang secara keseluruhan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan