Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Sardon Zainal

Konsert Meletop TVS pukau peminat di Miri

MIRI, 18 Mei: Konsert Meletop TVS berlangsung meriah di Stadium Tertutup Miri malam tadi dengan kehadiran lebih 2,000 penonton yang tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan artis popular tanah air.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Sardon Zainal berkata, kolaborasi sulung itu bukan sahaja bertujuan memperkenalkan saluran 122 TVS kepada penonton di seluruh negara malah mengetengahkan bakat artis tempatan dari Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia.

“TVS komited untuk terus memperkenalkan lebih ramai artis tempatan dan konsert ini menjadi satu platform penting ke arah itu.

“Malam ini juga kita memberi penghargaan kepada penyanyi Dayang Nurfaizah menerusi Anugerah Khas Borneo sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau dalam bidang seni suara selama dua dekad,” katanya kepada media selepas konsert tersebut.

Menurutnya, penghargaan kepada Dayang adalah lambang sokongan berterusan terhadap anak seni kelahiran Borneo yang berjaya mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan.

Mengulas pemilihan lokasi konsert, Sardon menjelaskan, Miri merupakan pilihan tepat kerana kedudukannya yang strategik di utara Sarawak berhampiran Brunei sekali gus mampu menarik peminat dari negara jiran serta komuniti Sabah yang menetap di kawasan sekitarnya.

“Ini kali pertama konsert berskala besar seperti ini diadakan di Miri dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Ia membuktikan potensi besar untuk menganjurkan acara hiburan di luar bandar raya utama,” ujarnya.

Sardon menjelaskan, kejayaan penganjuran malam tadi membuka ruang kepada TVS untuk menganjurkan konsert solo pada masa akan datang.

“Konsert ini bukan sekadar satu pencapaian, tetapi permulaan kepada usaha lebih besar dalam memperkasakan ekosistem hiburan tempatan.

“Kita juga merancang untuk mengadakan satu lagi konsert besar sempena ulang tahun kelima TVS pada Oktober ini di Kuching,” jelasnya.

Antara artis yang membuat persembahan termasuk Sada Borneo, Mimy Fly, Stacy, Wani Kayrie, Noki, Hairee Francis, Hael Husaini, Nadeera, Dayang Nurfaizah, Marsha Milan, Dolla dan Floor 88.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan