Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Falina Ramlee, Alexs Johnny Joseph dan Hamisah Mas berkongsi keterujaan mereka dapat menyaksikan Konsert MeleTOP TVS buat kali pertama. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Konsert Meletop TVS detik bersejarah untuk peminat Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 18 Mei: Kemeriahan Konsert MeleTOP TVS yang berlangsung malam tadi di Stadium Tertutup Bandaraya Miri terus menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat hiburan tempatan.

Ribuan pengunjung yang hadir menyifatkan konsert itu sebagai satu pengalaman istimewa yang sukar dilupakan lebih-lebih lagi berpeluang menyaksikan artis popular tanah air beraksi di pentas buat kali pertama di Miri.

Bagi Falina Ramlee, 40, peluang menyertai konsert tersebut merupakan satu pengalaman sangat bermakna.

“Saya sangat bersyukur kerana berjaya mendapatkan tiket melalui penyertaan giveaway terbuka. Ini kali pertama saya menghadiri konsert seperti ini dan suasananya memang luar biasa.

“Persembahan Nadeera sangat memukau. Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Dayang Nurfaizah atas anugerah yang diterimanya. Harap saya supaya akan ada lebih banyak konsert seperti ini dianjurkan di Miri sebab sambutannya sangat meriah,” katanya ketika ditemui TVS selepas Konsert MeleTOP TVS di Stadium Tertutup Miri pada Sabtu.

Sementara itu, Hamisah Mas, 39, turut meluahkan rasa teruja kerana buat pertama kali dapat melihat artis secara langsung selepas hanya menonton di televisyen sebelum ini.

“Saya memang sangat gembira. Sebelum ini hanya tengok di kaca TV tapi malam tadi akhirnya dapat menyaksikan sendiri persembahan depan mata. Harap ada lagi konsert besar macam ini di Miri,” ujarnya.

Menurutnya, dengan sambutan hangat seperti yang ditunjukkan malam tadi, tidak mustahil Miri boleh menjadi destinasi utama penganjuran konsert berskala besar.

Alexs Johnny Joseph, 22, pula menyifatkan malam konsert tersebut sebagai detik bersejarah baginya.

“Saya tunggu lama untuk dapatkan tiket ni, hampir dua minggu berusaha. Tapi semua usaha itu memang berbaloi. Konsert malam tadi memang sangat meriah.

“Persembahan Dolla paling saya ingat. Saya rasa teruja apabila mereka turut mempersembahkan lagu baharu mereka. Kalau ada konsert lagi di Miri, saya pasti akan datang.” jelasnya.

Konsert MeleTOP TVS yang dianjurkan dengan kerjasama TVS dan ASTRO sempena ulang tahun ke-20 Miri sebagai bandar raya bukan sahaja menghimpunkan barisan artis terkenal malah berjaya meletakkan Miri sebagai destinasi baharu dalam peta hiburan negara.

Ia juga menunjukkan potensi besar Miri sebagai tuan rumah untuk lebih banyak acara hiburan berskala besar pada masa akan datang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan