Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kereta Proton Saga terbakar di Tiger Motors Used Car Sdn. Bhd. Jalan Batu Kawa, Kuching, tengah malam tadi.Foto JBPM

Kereta terbakar di premis jual kenderaan terpakai

KUCHING, 18 Mei: Sebuah kereta Proton Saga terbakar di premis menjual kereta terpakai di Jalan Batu Kawa tengah malam tadi.

Komander Operasi, Abdul Hakim Supian berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.51 tengah malam dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang terbakar keseluruhan di bahagian enjin.

“Pihak bomba memadamkan kebakaran menggunakan salur bantu mula hose reel air dari tangki jentera sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, api berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.07 pagi, tiada mangsa yang terlibat dilaporkan dalam insiden tersebut.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Setelah memastikan keadaan selamat dan kebakaran telah padam sepenuhnya pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan