Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiong (tengah) semasa upacara miring yang diadakan pada Majlis Makan Malam Pra Gawai PDP Cawangan Dudong di Sibu. Foto TVS

Jaga perpaduan dalam parti, komited bela nasib rakyat

SIBU, 17 Mei: Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) diingatkan agar sentiasa menjaga perpaduan dalam kalangan parti komponen dan terus komited membela nasib rakyat.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing berkata, sebagai pemimpin politik, setiap pembangunan perlu dilaksanakan secara adil dan seimbang tanpa mengira kaum atau kawasan.

“Jangan sesekali lupa tujuan kita berada di kerusi kepimpinan itu. Jika pemimpin alpa terhadap tanggungjawab mereka bukan sahaja negara tidak akan aman malah parti juga akan berdepan ketidakharmonian.

“Akhirnya, rakyat dan ahli parti sendiri mungkin menolak kita,” katanya.

Tiong yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pra Gawai PDP Cawangan Dudong di Sibu, malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong menjelaskan, pemimpin parti dalam GPS tidak seharusnya bersikap mahu menjatuhkan atau mengatasi rakan-rakan daripada parti komponen lain.

“Tidak hormat terhadap rakan seperjuangan boleh mencetuskan perpecahan dalam GPS dan ini hanya akan melemahkan gabungan secara keseluruhan,” ujarnya.-TVS

Tags: GPS, perpaduan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan