Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan dua kenderaan yang membabitkan empat mangsa di Jalan Serikin malam tadi. Foto JBPM

Dua parah kemalangan dua kenderaan di Jalan Serikin

BAU, 18 Mei: Dua mangsa cedera parah manakala dua lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dan Toyota Hilux di Jalan Serikin, Kampung Bogeg, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 12.15 tengah malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dihantar ke lokasi.

“Dua mangsa yang menaiki Myvi dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba manakala seorang lagi masih tersepit di bahagian pemandu.

“Pemandu Hilux pula keluar dengan sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa sebelum kesemua mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.

Seramai lima anggota bersama sebuah jentera FRT dan unit EMRS terlibat dalam operasi berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan