Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua maut, lima cedera dalam insiden runtuhan salji di Gunung Eiger, Switzerland

ByBernama

GENEVA, 18 Mei: Dua orang maut dalam insiden runtuhan salji di Gunung Eiger di Banjaran Alps, Switzerland pada Sabtu, menurut polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Seorang mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi yang sempat diberikan bantuan pernafasan kemudian meninggal dunia di hospital. Lima lagi mangsa cedera dan telah dibawa ke hospital, kata pihak polis.

Polis sedang berusaha untuk mengesahkan identiti mangsa yang terkorban.

Lapan orang berada di kawasan itu untuk menyertai lawatan mengenai ski ketika runtuhan salji berlaku, kata pihak polis.

Gunung Eiger, yang berketinggian hampir 4,000 meter, adalah puncak terkenal di Bern dan menghadap kawasan pelancongan Grindelwald serta Lauterbrunnen.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan