Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bintang Tottenham Son Heung-Min. Foto AFP

Dua ditahan, didakwa peras ugut bintang Tottenham Son Heung-Min

ByBernama

SEOUL, 18 Mei: Dua individu telah ditahan kerana didakwa memeras ugut bintang bola sepak Korea Selatan, Son Heung-min, dan mendakwa beliau telah menyebabkan kehamilan seorang wanita, kata pegawai pada Sabtu.

Menurut Agensi Berita Yonhap, Mahkamah Daerah Pusat Seoul telah mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang wanita berusia 20-an dan seorang lelaki berusia 40-an  masing-masing disyaki melakukan pemerasan dan cubaan pemerasan.

Mahkamah menyatakan terdapat risiko kedua-dua suspek melarikan diri dan memusnahkan bukti.

Wanita terbabit didakwa mendekati kapten pasukan Tottenham Hotspur itu pada Jun tahun lepas, mendakwa dirinya hamil dengan anak Son dan menuntut wang sebagai pertukaran untuk berdiam diri.

Dia dilaporkan menghantar gambar imbasan ultrabunyi seorang bayi kepada Son dan menerima lebih 300 juta won (US$215,000).

Lelaki itu, yang dipercayai salah seorang kenalannya, turut didakwa mendekati Son pada Mac lepas  dan cuba memeras ugut 70 juta won daripadanya. Bagaimanapun, lelaki itu dilaporkan tidak menerima sebarang wang.

Son telah membuat aduan kepada polis minggu lepas, mendakwa wanita itu memeras ugutnya dengan dakwaan palsu mengenai kehamilan.

Pihak polis sejak itu telah menyerbu kediaman kedua-dua individu terbabit, merampas telefon mereka, dan merancang untuk meneruskan siasatan termasuk mengesahkan ketulenan gambar ultrabunyi itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan