Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ahmad Ibrahim menghadiri majlis kesyukuran sempena kejayaan cemerlang Kelab Muay Thai Kenyalang

Atlet Kelab Muaythai Kenyalang sedia tawan pentas lebih besar

KUCHING, 18 Mei: Juara keseluruhan Kejohanan Muaythai Piala Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Edisi ke-9 2025, Kelab Muaythai Kenyalang menganjurkan majlis kesyukuran sempena kejayaan cemerlang semalam.

Memetik laporan Suara Sarawak, majlis yang berlangsung meriah di ABC Cuisine, Batu Kawa itu dihadiri barisan atlet, jurulatih, pengurusan dan penyokong kelab.

Turut hadir Ahli Dewan Negara, Datuk Ahmad Ibrahim yang juga Penaung Kelab Muaythai Kenyalang untuk bersama meraikan pencapaian kelab yang berjaya mengekalkan kejuaraan diraih tahun lalu.

Menurut Ahmad, pencapaian luar biasa itu membuktikan bakat muda tempatan berpotensi besar untuk mencipta nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Sebagai penaung kelab, saya amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai.

“Ini menunjukkan bahawa atlet kita mampu bersaing dan merangkul kejuaraan di pentas tertinggi.

“Saya akan terus memberikan sokongan kepada mereka terutama dalam persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) dan mungkin juga Sukan SEA sekiranya muay thai dipertandingkan,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak agar terus memberi sokongan terhadap pembangunan sukan muay thai di Sarawak sebagai platform membentuk belia berdisiplin dan berdaya saing.

Dalam kejohanan tersebut, Kelab Muaythai Kenyalang berjaya merangkul 23 pingat emas dan tujuh perak sekali gus menobatkan mereka selaku juara keseluruhan.

Kelab itu turut memenangi empat anugerah Petinju Terbaik, satu Anugerah Khas, dan dinobatkan sebagai Naib Juara Piala Borneo 2025.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan