Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 67 penduduk Palestin maut dan 361 lagi cedera di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas akibat serangan genosid Israel yang berterusan. Foto fail AFP

Angka korban di Gaza meningkat kepada 53,339 ketika genosid Israel berterusan

ByBernama

GAZA, 18 Mei: Sekurang-kurangnya 67 penduduk Palestin maut dan 361 lagi cedera di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas akibat serangan genosid Israel yang berterusan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan angka korban rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 53,339 orang, manakala 121,043 lagi cedera.

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber sama, jumlah kematian sejak Israel meneruskan genosid pada 18 Mac selepas gencatan senjata selama dua bulan turut meningkat kepada 3,193, manakala 8,993 lagi cedera.

Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat sampai kepada ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya di wilayah itu, memandangkan tentera Israel terus menyasarkan pasukan ambulans dan pertahanan awam, menurut pihak berkuasa kesihatan.

Serangan genosid Israel terus berlanjutan tanpa halangan, meskipun terdapat seruan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk gencatan senjata segera dan arahan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menggesa langkah bagi menghalang genosid serta mengurangkan krisis kemanusiaan yang kritikal di Gaza. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan