Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga 5 petang ini. Foto MetMalaysia (FB)

Amaran ribut petir, angin kencang di lapan negeri petang ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Perak iaitu di kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Dungun dan Kemaman di Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut dan Kuantan), Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), Melaka serta Johor.

Bagi Sarawak, kawasan yang terlibat termasuk Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song).

Cuaca sama turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah termasuk Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan