Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Dato' Abdul Aziz Abdul Majid telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas warga PDRM Kontinjen Sarawak di daerah Sibu semalam.Foto Polis Sarawak

Warga PDRM Sibu terima kunjungan kebajikan dari Bukit Aman

SIBU, 17 Mei: Anggota dan pesara polis yang menghadapi masalah kesihatan serta waris anggota yang telah meninggal dunia menerima kunjungan kebajikan daripada Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid di Sibu, pada Jumaat.

Beliau yang diiringi oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata telah melawat kediaman mendiang Lans Koperal (B) Jawi Jacob di Rumah Nari Batu 11 Jalan Oya Sibu, kediaman Sarjan (B) Wilson Mergie Sari yang menghidap sakit darah tinggi, kencing manis, lemah jantung  dan seterusnya kediaman Sarjan Zaki Idris (bertugas di IPD Mukah) stroke, Taman Kenari Jalan Kemuyang Sibu.

Abdul Aziz turut menyampaikan sumbangan daripada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP 1 Khairat Kematian) kepada balu pesara dan juga sumbangan Tabung Kebajikan, Sukan dan Sosial PDRM Sarawak kepada warga polis yang dilawati bagi meringankan beban.

Lawatan itu bertujuan menyantuni, memberi semangat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga PDRM.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan