Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) bersama tetamu kehormat yang lain dan penerima SAVEA 2025 di sini, semalam. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Vendor anak Sarawak kuasai projek tenaga SEB

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 17 Mei: Sebanyak 53 peratus daripada 5,318 vendor Sarawak Energy Berhad (SEB) adalah syarikat tempatan, termasuk kebanyakan perniagaan milikan Bumiputera.

Pengerusi SEB, Dato Ibrahim Baki, menyatakan bahawa angka ini mencerminkan kemampuan vendor atau pembekal tempatan dalam menyokong projek tenaga di Sarawak.

“Selaras dengan aspirasi Sarawak untuk mencapai status berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030, kami berbangga bahawa 53 peratus daripada 5,318 vendor yang terlibat bersama kami adalah vendor dari Sarawak, termasuk banyak perniagaan Bumiputera.

“Kami akan terus mewujudkan peluang agar vendor tempatan yang berkeupayaan dan komited dapat berkembang bersama kami,” katanya ketika berucap dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Vendor Sarawak Energy (SEVEA) di sini semalam.

Pengerusi SEB Dato Ibrahim Baki ketika berucap dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Vendor Sarawak Energy (SEVEA) di sini semalam. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Menurut beliau yang juga Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan Petros), jumlah kontrak yang dianugerahkan kepada vendor Bumiputera Sarawak juga menunjukkan peningkatan ketara iaitu daripada RM493 juta pada 2023 kepada RM628 juta pada 2024.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Vendor Sarawak Energy (SEVEA) 2025 ialah sebuah acara tahunan anjuran SEB yang bertujuan mengiktiraf dan menghargai pencapaian cemerlang para vendor dan rakan strategik yang terlibat dalam rantaian bekalan dan pelaksanaan projek syarikat itu.

Bertemakan ‘Empowering Partnerships, Driving Excellence’, meraikan pencapaian cemerlang 15 vendor di bawah Anugerah Penilaian Vendor, seorang penerima Anugerah Projek CECA dan tiga kontraktor CTP yang kesemuanya menerima Anugerah Emas atas prestasi cemerlang dalam aspek Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan