Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pemain Uganda akan bersaing dalam Kejohanan Pingpong Dunia ITTF 2025 yang berlangsung dari 17 hingga 25 Mei di Doha, Qatar. Foto World Table Tennis (FB)

Uganda kembali ke Kejohanan Pingpong Dunia selepas 15 tahun

ByBernama

KAMPALA, 17 Mei: Dua pemain Uganda akan bersaing dalam Kejohanan Pingpong Dunia ITTF 2025 yang berlangsung dari 17 hingga 25 Mei di Doha, Qatar.

Pemain wanita Jemimah Nakawala dan Parvin Judith Nangonzi akan berada dalam kalangan atlet terbaik dunia yang bertanding di Arena Sukan Lusail.

“Kami sangat teruja kerana dua pemain wanita kami layak tahun lepas dan ini menandakan kemunculan Uganda dalam acara bertaraf dunia selepas tidak menyertainya selama 15 tahun,” kata Presiden Persatuan Pingpong Uganda, Robert Jjagwe, kepada Xinhua sebelum pasukan itu berlepas pada Jumaat.

“Kami sangat yakin bahawa kedua-dua pemain kami akan memberikan persembahan yang baik menentang pemain terbaik dunia. Beraksi dalam kalangan terbaik adalah satu anugerah buat Uganda dan ia akan membantu pemain muda kami mendapat pengalaman berharga,” kata Jjagwe.

Salah seorang pemain, Nakawala berkata kepada Xinhua bahawa bermain bersama pemain terbaik di Doha adalah impian yang menjadi kenyataan.

“Saya tahu ia akan menjadi acara yang mencabar, tetapi saya sangat berazam untuk melakukan yang terbaik dan mengharumkan nama Uganda,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan