Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah treler terbakar di Jalan Simpang Marudi, Miri, hari ini. Foto JBPM

Treler tanpa muatan terbakar di Jalan Simpang Marudi

MIRI, 17 Mei: Sebuah treler tanpa muatan terbakar di Jalan Simpang Marudi hari ini.

Komander Operasi, Rorudi Umas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 5.05 petang dengan menggerakkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah treler tanpa muatan terbakar keseluruhan di bahagian kepala.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran bantu mula dan pam dari tangki jentera.

“Selepas keadaan selamat pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya. – TVS

Tags: BBP, lori, terbakar

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan