KUCHING, 17 Mei: Tindakan pantas pemilik rumah berjaya menyelamatkan sebuah kediaman di Taman Boxhill daripada musnah dalam kebakaran hari ini.
Komander Operasi, Mohd Azwad Perseh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 1.16 tengah hari dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran rumah, kebakaran pada bahagian dapur rumah melibatkan peralatan elektrik dan perkakasan dapur.
“Api berjaya dipadam sendiri oleh pemilik rumah menggunakan hos paip dari luar rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, selepas memastikan keadaan berada dalam keadaan baik anggota bertolak balik ke balai.-TVS