Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah dan tiga kereta dalam kejadian di Jalan Apas, Tawau. Foto JBPM

Tiga rumah termasuk tiga buah kereta musnah dijilat api

ByTVS

TAWAU, 17 Mei: Tiga buah rumah dan tiga buah kereta musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi di Jalan Apas Batu 4, Tawau.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 12:15 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi sekitar 10 minit kemudian.

Tiga struktur rumah terbabit adalah dua jenis separuh kekal dua tingkat dan satu rumah tidak kekal masing-masing terbakar 100 peratus.

Turut musnah ialah tiga kenderaan jenis Proton Wira, Iswara dan Persona yang terbakar sepenuhnya di kawasan kediaman terbabit.

Operasi pemadaman diketuai PBK II KUP Jasni Hassan dengan kekuatan 14 anggota dari BBP Tawau, dibantu pasukan Bomba Komuniti Kampung Titingan serta 10 anggota PDRM. Komander Operasi Kanan ialah PPgB Madzlan Sarman.

Pasukan menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki dengan empat pancutan air dari pili bomba.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3:20 pagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan