Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah pada majlis pertukaran memorandum perjanjian antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bersama Alpha International Training and Consultancy di ibu negara, pada Sabtu. Foto TVS

Siasatan kemalangan anggota FRU sedang dijalankan

ByTVS

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan bahawa sebuah pasukan petugas khas sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kemalangan membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) baru-baru ini.

Menurut beliau, pasukan itu ditubuhkan bagi menyiasat insiden berkenaan dari pelbagai sudut tanpa melibatkan unsur jenayah, dan laporannya dijangka siap dalam tempoh satu bulan.

“Pasukan khas telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terhadap perkara (insiden) itu.

“Siasatan dijalankan selama satu bulan, jadi kita tunggu (laporannya),” katanya kepada TVS selepas menghadiri majlis pertukaran memorandum perjanjian antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bersama Alpha International Training and Consultancy di ibu negara, pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan (MoT) bagi meneliti aspek yang tidak melibatkan unsur jenayah berkaitan kenderaan.

Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Jemaah Menteri turut bersetuju agar laporan lengkap siasatan disediakan dalam tempoh satu bulan untuk dibentangkan kepada kabinet sebelum sebarang keputusan lanjut diambil.

Terdahulu, 18 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dalam satu insiden tragis apabila jentera yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa batu kerikil.

Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Ipoh selepas selesai bertugas sempena perayaan Chitra Pournami.

Kemalangan itu mengakibatkan sembilan anggota FRU maut, dua parah, manakala selebihnya cedera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan