Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep berucap semasa Majlis Perasmian Karnival Sukan Bau di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Bau pada Sabtu. Foto TVS

Senaraikan Bau sebagai lokasi acara Sukan SEA 2027

BAU, 17 Mei: Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep berharap Daerah Bau disenaraikan sebagai salah satu lokasi penganjuran Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) 2027.

Beliau berkata, daerah itu bersedia untuk menganjurkan apa sahaja acara sukan jika diberi peluang apabila temasya tersebut dianjurkan di Malaysia.

“Tentu sekali apabila kita mengadakan Sukan SEA nanti sebagai penganjur bersama, kami di Daerah Bau memohon supaya kawasan ini dipilih sebagai salah satu lokasi penganjuran sukan walaupun sukan ping-pong.

“Dengan adanya kemudahan seperti stadium tertutup yang mempunyai kemudahan selesa dan dengan sokongan seluruh warga Bau, saya pasti kita dapat menganjurkan aktiviti sukan dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Perasmian Karnival Sukan Bau di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Bau pada Sabtu.

Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru menjelaskan, Karnival Sukan Bau dilihat sebagai platform penting untuk menggilap bakat baharu.

Malah menurutnya, dengan sokongan semua pihak, daerah ini sudah pasti dapat melahirkan atlet bertaraf dunia seperti anak jati Bau seperti Dato Pandelela Rinong dam Bertrand Rhodict.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan