Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2025. Foto TVS

Sarawak giat tingkatkan kemahiran, keusahawanan belia

ByAhmad Burhanuddin

SERIAN, 17 Mei: Kerajaan Sarawak menekankan kepentingan pembangunan kemahiran dan keusahawanan dalam kalangan belia sebagai tonggak utama memperkukuh ekonomi negeri.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, selain memberi penekanan kepada aspek kepimpinan, kementeriannya turut melaksanakan pelbagai program latihan peningkatan kemahiran untuk para belia di negeri ini.

“Kerajaan memberi tumpuan serius terhadap pembangunan belia dengan melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk pembinaan dan menaik taraf prasarana belia serta sukan di seluruh negeri Sarawak.

“Kerjasama turut dijalakan dengan institusi-institusi terkemuka Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), Kolej Universiti i-CATS, Politeknik, Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara, serta institusi latihan lain yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2025, di Pusat Persidangan Serian, hari ini.

Abdul Karim memberitahu, dana keusahawanan belia juga disediakan secara khusus bagi membantu golongan muda yang berminat dalam bidang perniagaan dan inovasi.

Dalam pada itu, kata beliau, kementeriannya sentiasa komited untuk memastikan dasar dan program yang dilaksanakan relevan dengan keperluan belia luar bandar dan bandar.

“Dari tahun ke tahun, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan serta agensi-agensi lain sentiasa berganding bahu dalam menyediakan pelbagai program dan aktiviti khusus untuk golongan belia.

“Usaha ini bertujuan memantapkan kualiti belia Sarawak dari pelbagai aspek melalui program-program sukan belia dan inisiatif Rakan Muda,” ujarnya.

Pada majlis itu juga, Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2025 bagi kategori individu lelaki telah dinobatkan kepada Shahradhi Libiki Iskandar Ridhuan manakala Rapunzel Anthony Jamuh menjadi johan bagi kategori individu wanita.

Sementara itu, bagi kategori pertubuhan belia pula, tempat pertama telah dimenangi oleh Junior Chamber International Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan