Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadillah bersama-sama tetamu lain menghadiri Majlis Sambutan Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhan SPS Sekuau hari ini. Foto TVS

RM560,000 naik taraf rumah panjang SPS Sekuau

SELANGAU, 17 Mei: Sebanyak RM560,000 diperuntukkan di bawah Program Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi menaik taraf rumah panjang di Skim Penempatan Semula (SPS) Sekuau, Selangau.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, dana tersebut akan digunakan untuk kerja pemulihan dan penambahbaikan termasuk pendawaian elektrik di rumah panjang terlibat.

“Saya dimaklumkan terdapat 12 rumah panjang di kawasan ini, dengan jumlah pintu melebihi 600. Jadi bajet ini akan diagihkan mengikut keutamaan.

“Saya serahkan kepada Ahli Parlimen dan ADUN kawasan ini untuk tentukan keutamaan tersebut. Kalau tidak mencukupi, kita akan sambung tahun depan sehingga semuanya dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhan SPS Sekuau, di sini pada Sabtu.

Selain itu, Fadillah turut meluluskan peruntukan sebanyak RM1.3 juta bagi pembinaan sebuah Dewan Kebudayaan Sekuau serta menyatakan sokongan terhadap cadangan pembinaan tugu peringatan seperti yang terdapat di Kanowit.

Permohonan pembinaan dewan tersebut dikemukakan wakil penduduk, Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing yang menyatakan dewan tersebut bakal menjadi pusat kebudayaan penduduk tempatan.

Menurutnya, pusat kebudayaan itu boleh berfungsi sebagai pusat latihan seni, galeri warisan dan lokasi pelancongan komuniti yang penting bagi memastikan warisan budaya terus dipelihara serta dimanfaatkan generasi muda.

“Dana MRP amat penting untuk kerja-kerja penyelenggaraan asas seperti atap, lantai, sistem air dan elektrik serta penyediaan kemudahan sosial seperti balai raya dan gelanggang riadah.

“Melalui peruntukan MRP ini, kerja-kerja naik taraf dapat dilaksanakan secara berperingkat. Ini bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup dan keselamatan penghuni rumah panjang malah turut memperkukuh perpaduan komuniti,” jelasnya. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found