Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Projek Pembahagian mengukuhkan Sistem 33 kilovolt (kV) dan 11 kV elektrik di sini telah berjaya disiapkan sepenuhnya dengan pelaksanaan fasa terakhir melibatkan Stesen Suis Utama (SSU) Penampang yang telah beroperasi pada 3.56 petang semalam. Foto Fadillah Yusof (FB)

Projek pembahagian sistem elektrik di Kota Kinabalu siap sepenuhnya – Fadillah

ByBernama

KOTA KINABALU, 17 Mei: Projek Pembahagian mengukuhkan Sistem 33 kilovolt (kV) dan 11 kV elektrik di sini telah berjaya disiapkan sepenuhnya dengan pelaksanaan fasa terakhir melibatkan Stesen Suis Utama (SSU) Penampang yang telah beroperasi pada 3.56 petang semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata projek bernilai RM22.4 juta ini merupakan projek kedua di bawah Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) yang berjaya disiapkan pada tahun ini.

Beliau berkata projek ini bertujuan menyeimbangkan beban di stesen elektrik utama di Kota Kinabalu yang melibatkan Pencawang Masuk Utama (PMU) Penampang, PMU Kepayan dan Pencawang Pembahagi Utama (PPU) KKIA yang menanggung beban tinggi.

“Dengan siapnya projek ini, tempoh gangguan bekalan elektrik dapat dikurangkan dan proses membaik pulih bekalan elektrik di sekitar bandar Kota Kinabalu akan menjadi lebih cepat dan teratur,” katanya dalam perkongsian menerusi laman Facebooknya hari ini.

Fadillah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan