Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad bergambar bersama-sama ahli jawatankuasa dan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang dan Sumbangan Khairat Kematian, PML. Foto TVS

Projek jelapang padi Limbang perkasa ekonomi masyarakat

LIMBANG, 17 Mei: Persatuan Melayu Limbang (PML) menyokong penuh langkah signifikan Kerajaan Sarawak menjadikan Bahagian Limbang sebagai kawasan jelapang padi di wilayah ini sebagai usaha memperkasa ekonomi komuniti setempat.

Pengerusinya, Mohamad Abu Bakar berkata, kawasan utara tidak pernah dipinggir dan turut dimajukan dengan membangunkan tanah sesuai untuk sektor pertanian melalui projek jelapang padi.

“Usaha ini kita sokong dari dulu dan banyak kawasan di Limbang yang boleh dibangunkan untuk dijadikan jelapang padi sejajar usaha Sarawak memastikan keterjaminan makanan dipertingkatkan.

“Sudah pasti projek ini memberi impak positif dalam memperkasa ekonomi khususnya komuniti Melayu di kawasan luar bandar,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Sumbangan Khairat Kematian anjuran PML di Pusat Komuniti PML hari ini.

Mohamad mahu komuniti Melayu merebut peluang disediakan kerajaan dengan menjayakan hasrat menjadikan Sarawak kawasan jelapang padi selain melibatkan diri dalam sektor penternakan, agrikultur dan agro pelancongan.

Tambahnya, PML terus berdiri teguh dan kekal relevan dalam memperjuangkan kebajikan, hala tuju dan masa depan masyarakat Melayu di utara Sarawak sejak ditubuhkan lebih 78 tahun lalu.

PML yang ditubuhkan pada 13 Januari 1947 kini mempunyai 1,300 ahli dan banyak melahirkan golongan pemimpin dan cendekiawan selain mengangkat sosio ekonomi, pendidikan, keusahawanan, perniagaan dan kebajikan masyarakat di Limbang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan