Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS

MYSED komited bangunkan kemudahan sukan di Sarawak

BAU, 17 Mei: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) komited untuk membangunkan kemudahan sukan di wilayah ini.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia bagi memberi ruang kepada masyarakat untuk terlibat dalam sukan yang diminati.

Menurutnya, usaha tersebut bukan sahaja dapat membantu meningkatkan minat seseorang tetapi juga sebagai satu lapangan untuk menggilap bakat supaya dapat menjadi atlet yang boleh bersaing di peringkat tertinggi.

“Mesti ada titik permulaan di suatu tempat tetapi setiap permulaan itu memerlukan kemudahan baik untuk  mencipta impian seperti padang bola sepak.

“Saya dapat melihat ia dapat digunakan untuk sukan badminton, bola keranjang, bola tampar dan sepak takraw,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika merasmikan Karnival Sukan Bau di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Bau pada Sabtu.

Karim menjelaskan, wakil rakyat dan pegawai daerah di sesuatu kawasan juga perlu lebih proaktif dalam memainkan peranan untuk mengetahui minat dan fasiliti diperlukan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan