Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hospital Duchess of Kent di Sandakan. Foto TVS

Kaji elaun doktor Sarawak dan Sabah

ByTVS

SANDAKAN, 17 Mei: Kekurangan insentif untuk doktor yang berkhidmat di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak dikatakan menjadi punca utama ramai doktor enggan bertugas di lokasi yang mencabar ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat yang juga Exco Kesihatan Sabah, Datuk James Ratib berkata, walaupun gaji asas doktor dinaikkan, elaun untuk mereka yang bertugas di luar bandar masih dibekukan menyebabkan tiada perbezaan ketara antara mereka yang berkhidmat di kawasan bandar dan luar bandar.

“Saya merayu kepada Kerajaan Persekutuan terutama Kementerian Kesihatan supaya mengkaji semula keputusan ini kerana ia menjejaskan kesediaan doktor untuk berkhidmat di kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Pesta Kaamatan peringkat daerah Sandakan, di Sandakan, hari ini.

James menjelaskan, keadaan kerja yang sukar di luar bandar termasuk kemudahan terhad dan isu penempatan turut menyukarkan usaha mengekalkan kakitangan perubatan di kawasan seperti Sabah dan Sarawak.

“Elaun sara hidup untuk doktor luar bandar telah bertahun-tahun tidak dinaikkan, sedangkan rakan-rakan mereka di kawasan bandar menerima manfaat yang sama, menjadikan ia kurang menarik untuk mereka kekal di kawasan luar bandar,” ujarnya.

Menurutnya, isu perumahan untuk doktor di luar bandar juga adalah masalah berterusan kerana ramai yang enggan berpindah ke kawasan tersebut disebabkan kekurangan kemudahan penginapan yang sesuai.

Beliau turut meminta agar doktor di Sabah dan Sarawak tidak dikenakan pembekuan kenaikan elaun bagi memastikan mereka kekal bermotivasi untuk berkhidmat di kawasan yang kurang mendapat perhatian ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan