Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak meneruskan operasi bersepadu menerusi Ops Pengarah yang dijalankan di Jalan Miri Bypass semalam. Foto JPJ Sarawak

JPJ Sarawak komited jejak pengguna langgar peraturan jalan raya

MIRI, 17 Mei: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus melaksanakan operasi bersepadu menerusi Ops Pengarah yang dijalankan di Jalan Miri Bypass semalam.

JPJ Sarawak dalam kenyataan menyatakan, operasi tersebut bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang, pemandu serta pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), peraturan-peraturan di bawahnya dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334).

“Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili turut serta dalam operasi ini sebagai tanda sokongan kepada usaha penguatkuasaan yang dijalankan di peringkat lapangan.

“Operasi ini diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Miri, Jelapin Entalai dengan kekuatan seramai 33 pegawai dan anggota,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 881 kenderaan diperiksa.

“Hasil daripada pemeriksaan ini, sebanyak 174 notis ketidakakuran dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan. Antaranya tiada lesen memandu (CDL), lesen memandu tamat tempoh, tiada lesen memandu kenderaan barangan (GDL), dan pelbagai kesalahan teknikal yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

“Turut disita dalam operasi ini adalah dua kenderaan jenis motosikal yang didapati melakukan pelbagai kesalahan,” menurut kenyataan itu.

JPJ Sarawak terus komited dalam memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap tertinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan