Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jambatan Batang Rajang Foto Nadim Bokhari (TVS)

Jambatan Batang Rajang dinamakan Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang

BySheera Abg Mansor

SARIKEI, 17 Mei: Jambatan Batang Rajang yang menghubungkan kawasan strategik di Wilayah Tengah Sarawak kini dinamakan sebagai Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Tuanku Haji Osman.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pemberian nama tersebut sebagai penghormatan kepada Tun Tuanku Bujang, seorang negarawan terbilang dari Sibu yang pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kedua dari tahun 1969 hingga 1977.

@tvsarawak

Jambatan Batang Rajang dinamakan Jambatan Datuk Patinggi Tun Tuanku Haji Bujang 📹 Ahmad Nasrullah (TVS) 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

“Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Sarawak pada tahun 1934 dan menunjukkan dedikasi serta kepimpinan cemerlang selepas bersara daripada Perkhidmatan Awam.

“Beliau aktif dalam politik dan salah seorang pengasas penubuhan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) dan terlibat untuk menggabungkan Parti Berjasa dan Parti Negara Sarawak (PANAS) bagi membentuk Parti Bumiputera pada tahun 1968,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Jalan Pasi ke Jalan Sibu/Tanjung Manis dan Jambatan Batang Rajang, Bahagian Sarikei pada Sabtu.

Menurutnya, Tun Tuanku Bujang bersama Tun Temenggong Jugah Barieng, seorang lagi tokoh terkemuka dari Sarawak telah berganding bahu menggabungkan Parti Bumiputera dan BERJASA untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang masih menjadi teras pemerintahan negeri hari ini.

“Kedua-dua mereka adalah antara pengasas memmperjuangkan penyertaan Sarawak dalam pembentukan Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata, jasa besar Tun Tuanku Bujang dalam memupuk perpaduan dan memacu pembangunan ekonomi di Wilayah Tengah menjadikan penamaan jambatan tersebut sebagai sangat bertepatan dan wajar.

Tun Tuanku Bujang meninggal dunia pada November 1986 dan terus dikenang sebagai pemimpin berkaliber yang dihormati rakyat Sarawak dan Malaysia.

Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Bujang merupakan projek infrastruktur berimpak tinggi yang menghubungkan Sarikei ke Tanjung Manis melalui pembinaan jambatan sepanjang 1.4 kilometer serta laluan jalan raya sejauh 17 kilometer. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan