Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang Mr Keling Borneo International 2025. Foto TVS

Ishak Hidayat dinobat juara antara juara

ByAbdullah

KOTA SAMARAHAN, 17 Mei: Koperal Ishak Hidayat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) muncul sebagai pemenang juara antara juara (COC) Kejuaraan Mr Keling Borneo International 2025 yang berlangsung di Summer Mall, malam ini.

Beliau berkata, setiap kali pertandingan, cabaran pasti ada terutama dalam menyiapkan diri.

“Saya berdepan cabaran ayah diserang angin ahmar sebelum pertandingan.

“Namun saya tetap fokus menjalankan rutin diet dan latihan,” katanya yang beraksi dalam kategori 85kg ke atas.

Turut mencuri tumpuan kali ini adalah Staf Sarjan Abdul Aziz Ahmad dan Koperal Paijar Upau yang turut mewakili ATM.

Kejuaraan Mr Keling Borneo International 2025 merupakan pertandingan bina badan digabungkan dengan eleman budaya.

Ia dianjurkan Buda Gym dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

Sementara itu, Pengasas Buda Gym, Buda Anchah berkata, sambutan kali ini amat menakjubkan dan diharapkan ia dapat terus dilangsungkan tahun depan dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

“Saya berharap kementerian akan terus menyokong usaha ini bagi memartabatkan kebudayaan masyarakat Iban dan sukan bina badan,” ujarnya.

Mr Keling Borneo International 2025 menampilkan tujuh kategori merangkumi Men Sports Physique (170cm + 4 ke atas), Men Sports Physique (170cm + 4 ke bawah), Men Athletic Physique (170cm + 4 ke atas), Men Athletic Physique (170cm + 4 ke bawah), Bodybuilding 70kg ke bawah, Bodybuilding 70kg-85kg dan Bodybuilding 85kg ke atas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan